"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi). (Surah Ali Imran, ayat 14)

Thursday, November 25, 2010

EMAS SUKAR JATUH....APA LAGI..JOMM

Nilai emas itu akan NAIK HARGA kerana PERMINTAAN PENGGUNA TERHADAP EMAS SENTIASA MENINGKAT SEDANGKAN BEKALAN EMAS ADALAH TERHAD !. Dalam dunia ini tiada siapa pun dapat menghasilkan emas !. Emas merupakan logam terunggul  yang hanya dapat diperolehi dari aktiviti perlombongan. dan emas tidak seperti hasilan pertanian.


 Permintaan terhadap emas akan meningkat sepanjang masa.

Hasil pertanian , contoh seperti kelapa sawit, jika permintaan meningkat kita boleh tanam pokok kelapa sawit yakni bila ada permintaan yang tinggi namun bila ramai yang tanam sawit, maka hasil sawit akan melebihi permintaan menyebabkan harga jatuh..namun keadaan ini tidak berlaku pada Emas.


Emas dibeli dan disimpan oleh setiap negara  diseluruh dunia sebagai penyimpan nilai. Oleh itu jika negara - negara ini menyimpan emas..kenapa kita tidak ikut serta menyimpan emas ?

 Negara kuasa besar banyak menyimpan emas

Emas merupakan logam yang unggul dan unik serta sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana kegunaan yang sungguh istemewa. Kegunaan emas yang sentiasa meningkat dalam kehidupan harian kita menjadikan permintaan terhadap emas semakin meningkat oleh itu harga emas akan sentiasa naik setiap tahun !

 

No comments:

Post a Comment