"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi). (Surah Ali Imran, ayat 14)

Wednesday, September 28, 2011

GOLD MINE RESOURCES

Assalamulaikum..Alhamdulillah tanggal 25/09/2011 perniagaan emas saya telah selamat didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama pendaftaran "goldmine resources", no pendaftaran syarikat KT0297133-P, semoga dgn titik mula ni sebagai usaha utk lebih bersungguh2 lagi dalam bidang perniagaan emas. perniagaan emas merupakan satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang tidak kurang hebatnya disamping keuntungan yang diperolehi bebas dari unsur2 syubhah dan keraguan. sejak 15 tahun kebelakangan ini kita dapat lihat graf kenaikan emas mendaki dari nilai 200 usd perounze sehingga mencecah 2000 usd perounze, yang merupakan nilai yang sangat tinggi sehingga menyukarkan pembeli utk memiliki emas.


benar firman Allah dan rasulNya sejak 1500 tahun dahulu bahawa emas merupakan logam yang mempunyai nilai intrinsik dan menjadi kehendak nafsu manusia,.bercakap mengenai emas kini public gold marketing sdn bhd memperkenalkan produk pelaburan terkini iaitu I-SERIES yang bermaksud I for Investment dan Intrinsic Value,i series boleh didapati dgn berat 10gram, 20gram, 50gram, dan 100g, dan akan didapati juga dengan 5gram, antara beberapa kelebihan I series 24K gold jewellery ialah
  • tiada kos upah
  • harga dijamin rendah
  • ketulenan 22k iaitu 916 barang kemas
  • dijamin beli balik
  • harga dijual mengikut harga emas semasa 24jam
I series sungguh indah dimiliki, cantik dipakai si pembeli, untung pada masa depan, gold for future





Add caption



Monday, June 6, 2011

Dinar dan Dirham telah menjadi matawang sejak berabad lamanya dan dibuktikan sejarahnya dalan Nas Al-Quran dn Al-Hadis

Segala puji hanya milik Allah. kita memuji, meminta pertolongan, memohon keampunan, dan bertaubat hanya kepadaNya. Kita berlindung kepada Allah dari keburukan diri kita dan keburukan amaln perbuatan kita. barang siapa diberi petunjuk oleh Allah nescaya tiada seorang pun dapat menyesatkannya, dan barangsiapa disesatkan oleh Allah, nescaya tiada seorang pun yang dapat menunjukinya.

Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang dimiliki oleh baginda Rasulullah S.A.W, dalam Al-Quran menjadi perlembagaan bagi umat seluruh dunia nnti,insyaAllah..ingatlah bhwa Al-Quran memberi peringatan,amaran,ancaman,ayat2 hukum,sejarah,masa akan datang,ayat2 syifa' dan pelbagai lagi. dalam rujukan saya, saya telah melihat banyak ayat2 dalam Al-Quran yang menceritakan jual beli dalam islam sejak berabad2 lamanya, setrusnya mmbuka minda bhwa islam lebih khdpan berbanding eropah dlm sistem jual beli.

adakah anda ingat kepada kisah ashabul kahfi yang pernah diceritakan dalam al-Quran iaitu kisah sekumpulan lelaki yang ditidurkan oleh Allah SWT yang dalam sesetengah riwayat mereka ini telah ditidurkan selama 309 tahun.

Mereka telah di bangkitkan dari tidur dan berlaku beberapa kisah untuk membuka pintu gua tersebut.
Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT menceritakan tiga kisah masa lalu, iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah pertemuan Nabi Musa a.s dan Nabi Khidir a.s serta kisah Dzulqarnain. Kisah Ashabul Kahfi mendapat perhatian lebih dengan digunakan sebagai nama surah dimana terdapat tiga kisah tersebut.
Hal ini sudah tentu bukan kebetulan semata-mata, tetapi kerana kisah Ashabul Kahfi, seperti juga kisah lain di dalam al-Quran bukan merupakan kisah semata, tapi juga terdapat banyak pelajaran (ibrah atau guide) didalamnya.


Ashabul Kahfi adalah nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang dzalim.
Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja.
Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kepungan pasukan raja, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai tempat persembunyian.
Dengan izin Allah mereka kemudian ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua, dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.
(Ibnu Katsir; Tafsir al-Quran al-’Adzim; jilid:3 ; hal.67-71).

Di pendekkan cerita salah seorang daripada mereka bernama Tamlikha di utus ke pasar untuk membeli makanan dan sebagainya (walhal mereka tidak sedar yang mereka telah hidup di zaman yang berbeza). Dengan beberapa kepingan dinar dan dirham di tangan beliau pergi ke pasar.
Melihatkan suasana kota yang begitu berbeza/asing untuknya beliau menjadi kehairanan. Apabila sampai ke gerai roti berlaku dialog antaranya dengan penjual roti tersebut,
“Hai tukang roti, apakah nama kota ini?”
“Aphesus,” sahut penjual roti itu.
“Siapakah nama raja kalian?” tanya Tamlikha lagi. “Abdurrahman,” jawab penjual roti.
“Kalau yang kau katakan itu benar,” kata Tamlikha, “urusanku ini sungguh aneh sekali! Ambillah wang ini dan berilah makanan kepadaku!”
Melihat wang dinar itu, penjual roti kehairanan disebabkan wang yang dibawa Tamlikha itu adalah wang zaman lampau yang ukurannya lebih besar dan lebih berat.
Pendeta Yahudi yang bertanya itu kemudian berdiri lagi, lalu berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, kalau benar-benar engkau mengetahui, cuba terangkan kepadaku berapa nilai wang dinar lama itu dibanding dengan wang baru!”


Imam Ali menerangkan:
“Kekasihku Muhammad Rasul Allah s.a.w. menceritakan kepadaku, bahwa wang yang dibawa oleh Tamlikha dibanding dengan wang baru, ialah setiap dirham lama bersamaan dengan sepuluh dan dua pertiga dirham baru!” (10 kali ganda)

Saidina Ali kemudian melanjutkan ceritanya: Penjual Roti lalu berkata kepada Tamlikha: “Aduhai, alangkah beruntungnya aku! Rupanya engkau baru menemukan harta karun! Berikan sisa wang itu kepadaku! Kalau tidak, engkau akan ku hadapkan kepada raja!”
“Aku tidak menjumpai harta karun,” jawab Tamlikha. “Wang ini ku dapat tiga hari yang lalu hasil dari hasil penjualan buah kurma berharga tiga dirham! Aku kemudian meninggalkan kota kerana orang-orang semuanya menyembah berhala Diqyanius!”
Penjual roti itu marah. Lalu berkata: “Apakah setelah engkau menemukan harta karun masih juga tidak rela menyerahkan sisa wangmu itu kepadaku?
Lagi pula engkau telah menyebut-nyebut seorang raja durhaka yang mengaku diri sebagai tuhan, padahal raja itu sudah mati lebih dari 300 tahun yang silam! Apakah dengan begitu engkau hendak memperolok-olok aku?”
Dan seterusnya…. (Boleh dibaca di sini: Saidina Ali menceritakan Ashabul Kahfi)

Versi dari Al Quran

Firman Allah dalam Al-Quran:
Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: “Berapa lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab: “Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: “Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak (dirham) kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
Ayat tersebut di atas menerangkan bahawa mereka meminta salah seorang rakannya untuk membeli makanan di kota dengan wang peraknya. Tidak dijelaskan jumlahnya, tetapi yang jelas wang perak (dirham).
Kalau kita mengandaikan para pemuda tersebut membawa 2-3 keping wang perak saja, maka nilai pertukarannya ke nilai Ringgit Malaysia (RM) sekarang akan sekitar RM90.00. (sumber World Islamic Mint)
Dengan wang perak yang sama sekarang (1 Dirham sekarang sekitar RM30.00) kita dapat membeli makanan untuk beberapa orang. Jadi setelah lebih kurang 18 abad, kuasa beli wang perak secara relatifnya adalah sama.
 
 

Friday, May 27, 2011

JOM BELI EMAS SEKARANG...

Akhirnya produk keluaran public gold terbaru iaitu 10g gold bar sudah berada dipasaran awal bulan MEI 2011...jadi bagi pelabur kecil-kecilan bolehla mula melabur dengan menyimpan 10g dahulu..sikit-sikit lama2 byakla...APA LAGI..JOM beli sekarang smentara harga masih rendah...

Monday, January 3, 2011

emas sebagai senjata dari mencegah inflasi

emas dinar dan perak sudah kita sedia maklum bahawa mempunyai nilai yang tersendiri..sejak dizaman rasulullah lg mata wang dinar dan dirham digunakan dan nilainya sehingga kini masih tetap sama walaupun sudah menjangkau lebih 1400 tahun..banyak dalil-dalil sahih dari al-Quran dn Al-Hadis menjelaskn tentg dinar dan dirham,.antaranya,

  "Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)

  "Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

  "Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

  Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

berdasarkan dalil-dalil diatas kita dapat simpulkan bahawa,
  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

Friday, December 24, 2010

Ragam Manusia...........

tak bergaya tapi KAYA

sllunya orng melayu kita ni suka bergaya, ade je duit trus beli benda yang akan naikkan saham dia..kata orang biar bergaya asal kedana,hehe., sesetengah je fikir macam 2, skrang orang kita dh mentranformasikan pemikirannya..mmm, saya lebih suka tengok orang cina dalam urusan harta dia, kebayakn tokey2 cina ni pakai sluar pendek dn baju pagoda je, tp income mgalahkan doktor..

lagi satu pakai kereta ni satu keperluan bagi kita, mudah nk ke hulu ke hilir tpi tak semestinya kena pakai kereta mewah atau yang paling mahal...cukupla dgn skadar mmpu,jgn nk beli habis mmpu plak..hehe






PRODUK BARU PUBLIC GOLD



Pblic gold dah keluarkan bullion bar yang baru dgn berat 250g..... jadilh org terawal menempah gold bullion bar ni...skrg pun harga untuk produk baru sudah terpampang di senarai harga emas pg..


Friday, November 26, 2010

JUAL EMAS, BELI EMAS, SIMPAN EMAS...

Pada hari ini ramai yang mengetahui EMAS boleh mnjanakan pndptan lumayan buat pnympannya...apa tidaknya keuntungn hampir 20% setahun...itu untuk penyimpan emas sj..kalau nk buat duit dengn emas jom berniaga emas, keuntgn lebih tinggi lg hmpir 30%-40%.....


Peluang cari duit dengan berniaga emas merupa suatu perniagaan yang baru bagi orang melayu kerana sebelum ini perniagaan emas hanya diceburi oleh orang - orang tertentu sahaja ataupun ianya merupakan suatu perniagaan yang diwarisi dari suatu generasi ke generasi yang lain.

Kini perniagaan emas hangat diperkatakan dan menjadi suatu gelombang baru dalam bidang perniagaan orang melayu. Dengan hanya bermodalkan RM20,000.00 kita dah boleh berniaga emas. Saya sendiri pun pada awalnya tidak terfikir untuk menyertai perniagaan emas yang sungguh menguntungkan ini.Namun setelah dikaji keuntungan tahunan emas mampu mencapai 20% setahun...